 pernah dengar orang kata :
pernah dengar orang kata :jatuh bulu mata kanan-ada yang merindui
kalau bulu mata kiri yang jatuh plak,ada 2 versi..ada yang kata ada orang x suka atau kita yang rindu orang..
erm,dahsyat  ni..bulu mata jatuh pun ada makna..waLlahua'alam tentang  kesahihannya..tapi bukankah indah kalau yang berlaku itu dijadikan  sebagai tazkirah..umpamanya.....
jatuh bulu mata kanan
*biasanya  orang kata,bila bulu mata yang lentik sebelah kanan ada orang  rindu..tapi cuba ibaratkan bila bulu mata tu jatuh kita anggap yang  Allah rindu nak dengar doa kita..rindu nak dengar alunan Quran dari  hambaNya yang hina..rindu agar kita membalas balik rindu Tuhan kerana  pasti,jika kita rindu padaNya,rindu kita akan berbalas..
bulu mata kiri macam mana?
*andai  kata orang benci,umpamakan sebagai syaitan itu benci kalau kita  sentiasa bertafakkur mengingat Tuhan..syaitan banci melihat ibadah  semakin bertambah baik..dan mestilah x suka bila umat Islam ni menuntut  ilmu bukan?
*memang,sebenarnya kita sentiasa dalam kerinduan..fitrah insan untuk berTuhan..tersirat dalam tersurat akan segala ciptaan..
jadi  lepas2 ni,kalau boleh bila bulu mata jatuh,janganlah percaya sangat apa  yang diwariskan..bukan apa..syaitan itu licik..nanti mengingatkan hati  pada 'dia' yang terlarang..jadikan jatuhnya pinjaman Allah itu sebagai  satu tanda untuk melihat sejauh mana hubungan kita dengan  Dia..insyaAllah,terasa kesannya..barakaLlahulakum!!
 
 
No comments:
Post a Comment