
Suatu  hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham(Aba Ishak).Dia  berkata: "Wahai Aba Ishak!Selama ini aku gemar bermaksiat.Tolong berikan  aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Aba Ishak berkata:  "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya,maka  boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar  bertanya, "Apakah syarat-syarat itu,wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham  berkata:
SYARAT PERTAMA: "Jika kamu bermaksiat kepada Allah,jangan memakan rezeki-Nya."
Mendengar  itu dia mengenyitkan kening seraya berkata: "Dari mana aku mahu  makan?Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya!"tegas  Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya,masih mahukah memakan  rezeki-Nya,sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"  "Apakah syarat keduanya?"soal lelaki tersebut. Lantas Aba Ishak  menjawab:
SYARAT KEDUA: "Kalau kamu bermaksiat,jangan tinggal di bumi-Nya."
Syarat  ini membuat lelaki itu terkejut separuh mati. Ibrahim kembali berkata  kepadanya: "Wahai hamba Allah,fikirkanlah,apakah kamu layak memakan  rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya,sedangkan kamu melanggar segala  larangan-Nya.?" "Ya!Anda benar"kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan  syarat yang ketiga.Ibrahim menjawab:
SYARAT KETIGA: Kalau kamu masih mahu bermaksiat,carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya.
Lelaki  itu kembali terperanjat dan berkata: "Wahai Ibrahim,ini nasihat macam  mana?mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya ,kalau memang yakin  demikian,apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?"kata Ibrahim.  Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.Ibrahim  melanjutkan:
SYARAT KEEMPAT: "Kalau malaikat maut datang hendak  mencabut rohmu,katakanlah kepadanya, "Ketepikan kematianku dulu.Aku  masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh".Kemudian lelaki itu  menggelengkan kepala dan tersedar dan berkata: "Wahai Ibrahim,mana  mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah,kalau  kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan  datangnya kematianmu,lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan  Allah?" "Baiklah,apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab:
SYARAT  KELIMA: "Kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api  neraka di Hari Kiamat nanti,jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan  tersebut membuatkan lelaki itu insaf.Dia berkata: "Wahai Aba  Ishak,sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak  kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim.Air  matanya bercucuran .
5 syarat buat maksiat~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
No comments:
Post a Comment