from my facebooking..



sbelum ni aku pnah crite kn? kn?
pasal aku mula mngubah status aku kpada mutiara kata??
hurm...
so aku kat sni juz nak tnjuk skit di antara mutiara kata tu...

nak tgok?? tak nak tak pe... hahhaha.. :p
  • selipar putus boleh beli yang baru.. hubungan persahabatan yang
    putus,bukan boleh dibeli balik dan susah nak jumpa yang seperti lama..~

  • lebih baik berdiam diri dripada byak melakukan atau berbuat perkara yang menyakitkan hati org...

  • alim kambing nampak dijanggut.. alim manusia nampak pada amal, sifat dan iman..

  • singa yang liar adalah lebih senang untuk dijinakkn daripada pemerintah yang gilakan kuasa dan kejam..

  • stiap manusia pasti ada musuh.. tidak kiralah sebaik mana kita.. kerana setiap manusia pasti akn cemburu dengan kejayaan kita.. jadi kita janganlah menambahkan musuh kita.. biarlah mereka memusuhi kita, tetapi kita menganggap mereka sebagai kawan..

  • bisa semut boleh diubat dengan mnyebut "auuu!!".. tetapi bisa percakapan manusia menusuk ke hati dan boleh mmbawa kepada pergaduhan...
  • halaman yang hanya ada sepasu bunga yang berkembang mekar dan subur adelah lebih baik daripada taman yang penuh dengan bunga tetapi bunganya layu dan tidak subur..

  • kadang2 bila tibanya waktu panas, kita meminta supaya dturunkan hujan.. maka, Allah turunkan hujan.. bila hujan turun, kita tertanya tanya pula, kemana hilangnya matahari... rupa2nya Allah kurniakan lebih indah dsebalik hujan itu... matahari dan pelangi akan timbul...
  • bulan menerangi malam, matahari mmebri sinaran dwktu pagi...setialah kita seperti bulan dan matahari yang setia pada hari, untuk mnerangi bumi...~

  • setiap kesusahan itu akan disusuli dengan kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya.. manggis hitam kulitnya kerana manis isinya dan bunga ros yang berduri kerana harum baunya...

  • Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai.. jadi, berusahalah kita supaya lebih pandai dan tdak mudah dbohongi oleh org..

  • hidop kita bagaikan si pembuat kek.. kena bentuk, bakar dan akhirnya kita perlu meletakkan corak agar lebih menarik dan sempurna... supaya ade orang membelinya..

  • walaupun luaran penuh dengan perhiasan emas dan permata... tapi dalaman penuh dengan batu... nescaya, tidak guna la hidupnya... kerana hidupnya hanya bhgia di dunia bukan di akhirat..

  • buah di atas pokok tidak akan kita dapat jika kita hanya melihat.. jadi, ambillah tanggaa untuk mendapatkn buah tersebut.. dan pasti kita akn dapat merasa kesedapannya..

  • jangan disangka barang yang kecil itu tidak berguna.. kerana jarum yang kecil itu bisa mencedera dan menumpahkan darah seseorang jika kita lalai menggunakannya..

  • hendak masuk ke dasar laut, pasti akan tenggelam.. maka, kita haruslah belajar cara untuk menyelam supaya kita tak akan lemas di laut dalam...~


antara mutiara kata... :P


No comments: