muhasabah diri sebelum tidur..
ada dua perumpamaan...dua kisah...dan dua pilihan...
satu bunga...
dan satu lagi tiram~
mula2 kisah bunga....
--------------------------
bunga~
cantik, lembut, wangi, hurmmmm, fuhhh~ attractive, seducing~
hehehe...
disebabkan kerana kecantikan dan wanginyer, dan lembutnyer, dan attractivenyer, dan menggodanyer...
ramai yang memuji bunga...
'cantiknyer bunga niyyy~~:DDD'
bunga bangga~
dan menjadi semakin takabbur dengan kecantikkannya...
bunga pown makin memekarkan, dan 'mengembangkan' dirinyer..
sehinggakan orang yang melihat bunga jadi tak keruan dan tak tahan sangat dah!!
'aku nak petiklah bunga niy!!'
akhirnyer bunga pown dipetik, dengan relanyer~
dan bunga pown dipamerkan dimerata2 tempat yang glamour2 belaka...
kat rumah2 banglo yang mewah,
kat fashion show,
kat majlis resepsi kawin yang mewah2,
kat majlis convocation,
kat dinner2 mewah,
kat mne lagi...???
arghhh~kat tempat2 yang glamour lah!!
sudah berkurun bunga dibawa ke hulu ke hilir...
akhirnyer, bunga pown jatuh layu~~
bila bunga jatuh layu...
hilang serinya...
orang dah tak pandang dah bunga layu tu~
orang pown buat dek jer kat bunga...
sehinggakan bunga dibuang begitu sahaja...
tapi ada orang bersimpati dengan bunga~
dan akhirnyer dia kutip bunga....
orang tu pown keringkan bunga, sekering2 yang mungkin...
dan akhirnyer bunga dibungkus...
menjadi potpourri yang harga 5 ringgit~~
kadang2 tu, 2 ringgit lima posen jer!!!
dan akhirnyer bungkusan potpourri itu pown dijual...
dan dibeli oleh makcik kiah...
dan disangkut didalam keretanya...
sehingga ianya semakin kering, kering, dan kering...
tidak berupa cantik lagi, tidak berbau harum lagi, serta hilang serinyer~
itulah nasib bunga~~~:(
huhuhu~
sedihnyer~~:(
--------------------------
tiram pulak...
--------------------------
tiram~
hodoh, kembang, keras, kadang2 hanyir, bergerutu, berlumut~
euwwww~
tiram tidak suka menonjolkan dirinya...
tiram pemalu~~
yela, dah semua orang kutuk tiram...
lebih baik duduk diam jer kan~
hodoh lah, gemuk lah, ketinggalan zaman sampai berlumut lah, dan macam2 lagi lah!
tiram tetap dengan pendiriannya~
tiram membawa dirinyer jauh ke dasar laut....
dia duduk dan bertakaffur didasar laut yang sangat dalam~
tiram tidak mempedulikan apa yang berlaku di sekelilingnyer...
anjing laut hempap tiram ke, ribut taufan, ombak rindu (rindu?) hempas2 kat badan tiram ke, kena makan lepas tu ludah balik dengan jerung ke...
tiram tetap utuh duduk disitu!!
betapa kerasnyer tiram!!
tiram tetap dengan pendiriannya~
kerana tiram mengingati janji dia pada Penciptanya, dan janji Penciptanya pada diri tiram~:)
tiram tetap duduk disitu...
bertakakaffur, menjaga serta memelihara sesuatu yang sangat, sangat, precious yang ada dalam isi perutnya~
sehinggalah suatu hari...
ada the chosen one niy, dia pergi menyelam ke dasar laut, mencari rezeki...
tengah the chosen one niy duk mencari ikan2 eksotik...
tiba2...
dia nampak tiram!
lalu dia mengambil tiram...
dan dibawa ke darat...
kat darat tu, faham2lah apa jadi eh...
tiram pown dibelah...
dan akhirnyer keluarlah sebuah mutiara...
yang sungguh cantik, bentuk sphera yang sungguh perfect, menawan, fuhhh~dan sangat berkilau serta sangat, sangat attractive~
wOw~
oleh kerana terlalu menawannyer mutiara niy...
the chosen one menjadikan mutiara sebuah perhiasan yang terlalu indah~:D
sehingga mutiara menjadi sebuah perhiasan yang terlalu mahal!
tau tak...
harga mutiara melebihi harga burgati veyron yang bru berharga $ 2, 400, 000 jer tu!!
sungguh mahal!!!
fuyoooo~
mutiara menarik perhatian segenap sekalian hidupan...
menjadi igauan datin2 seri serta para wanita untuk memilikinyer...
eventhough begitu...
the chosen one tetap menyimpan mutiara...
menjadi harta paling berharga buat dirinya...
menjaga dan memelihara mutiara dengan sungguh tertib dan teliti....
dan menjaga mutiara sepenuh hati~
wahhhh~
beruntungnyer~:DDD
itulah nasib tiram~:)
--------------------------
dari dua perumpamaan....
dan dua kisah....
yang mana satu kah yang anda mahu plih?
mahu menjadi bunga....
atau....
menjadi tiram...?
pilihan terletak di tangan masing2...
:)
-Salam Bermuhasabah-
No comments:
Post a Comment