ramai yang TIDAK TAHU "PECAHAN DARI RUKUN SEMBAHYANG"


RUKUN QAULI (perkataan)

1- Takbiratul ihram (menyebut Allahu akhbar)

2- Membaca surah Al Fatihah

3- Tahiyat akhir

4- Selawat kepada Nabi

5- Salam

Rukun ini hendahlah dilafaz dengan suara sekadar didengar oleh telinga sendiri..

Rukun Qauli dalam solat, WAJIB berlafaz sampai
didengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau
wanita. Berbisik, tak sah. suara angin, tak sah. baca
dalam hati, lagi tak sah. Satu huruf tidak terdengar
pun al-fatihah tu tak sah. Kecuali kita berada di
tempat bising atau speaker masjid kuat sangat.
_________________________________

Kategori rukun

Rukun qalbi ( يبلق - iaitu berasal daripada perkataan بلق - qalb bermaksud hati) adalah rukun yang berasaskan kepada hati.

Rukun fi'li ( يلعف - iaitu berasal daripada perkataan لعف - fi'l bermaksud perlakuan) adalah rukun yang berasaskan kepada perbuatan anggota badan. Pergerakan anggota badan atau tindakan tubuh itu memerihalkan rukun tersebut.

Rukun qauli ( يلوق - iaitu berasal daripada perkataan لوق - qaul bermaksud kata-kata) adalah rukun yang berasaskan kepada sebutan dan bacaan.

__________________________________


Surah Al-`Isra' ayat 110:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "
Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja
kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah
baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak
nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah
engkau nyaringkan bacaan doa atau
sembahyangmu, juga janganlah engkau
perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara
yang sederhana antara itu.

Rukun qauli tu apa?

Takbiratul ihram, Al-Fatihah,
tahiyyat akhir, selawat dan salam pertama. ada 5
sahaja. yang lain rukun fi'li. niat rukun qalbi.

__________________________________

http://www.youtube.com/watch?v=rdo79NFhtk8&feature=youtu.be

Rukun Qauli, Fe'li & Qalbi 

No comments: