::: KERANA LIDAH :::



Kerana Lidah 
Adik beradik bergaduh,
kerana lidah 
sahabat menjadi musuh,
Kerana lidah 
boleh berdusta,
kerana lidah 
badan binasa,
Kerana lidah 
juga kita berdkwah,
kerana lidah 
kita bercakap benar,
Kerana lidah 
kita berukhwah,
kerana lidah 
kita memuji Allah,

Lidah walaupun lembut tidak bertulang,
peranannya hebat sekali...
boleh mendamaikan dan boleh memporak-perandakan..
boleh mempesona dan boleh meliarkan..
boleh menghasut dan boleh memujuk..

maka gunakan lidah dengan sebaik-baiknya..

____________________________________

Renungan

Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong,
Namun pandangan mata, hayunan kedua belah tangan, 
langkah kedua belah kaki dan
pergerakan tubuh atau seluruh anggota badan akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah...

Saidina Ali bin Abi Tali

No comments: