. Mesej ringkas  sangat-sangat. Yakni, golongan nisa, mar'ah, muslimah, wanita, perempuan  kita mmg maklum Allah anugerahkan mereka dengan anugerah paling tidak  ternilai iaitu senyuman yang menawan. Tidak sama dengan senyuman  golongan lelaki. Senyuman lelaki mungkin manis, tapi tidak se"sweet"  golongan wanita.
  Tapi, bersama-sama dengan senyuman wanita ni ada sedikit bahaya pada  golongan kontrasnya. Iaitu boleh mengganggu gugat mata si lelaki justeru  terus ke dasar hatinya. Yang akhirnya menyebabkan penyakit-penyakit  hati dalam diri lelaki. Penyakit hati banyak kali disebut dalam  al-Quran, berbelas-belas kali atau berpuluh yang bersangkutan dengan  hati. Di sini saya sertakan cebisannya:
  Fuh, bahaya benar kan penyakit-penyakit hati ni kerana terus mampu  menggugat bukan sahaja setakat hati dan rohani, malah agama Islam itu  sendiri boleh digoncangnya. Hanya kerana mata dan hati.
  Jadi, apa mesejnya di sini?
  Ya, jagalah mata. Jagalah hati. Senyum boleh, tapi bukan pada semua  lelaki ajnabi yang tidak dikenali. Barulah mahal senyuman tu. Senyum  adalah sedekah. Senyum juga boleh jadi sebaliknya jika dituju pada yang  salah. Tuju pula tu berlebih-lebihan di samping jelingan mata lak dan  body language. Haih.
 

 
No comments:
Post a Comment