|  | 
| ~berjalan di muka bumi sebagai manusia atau sebagai hambaNya?~ | 
 SATU ANALOGI
  situasi.
  Dalam  kehidupan seharian kita, kita sering dihidangkan dengan pelbagai ragam  manusia, peristiwa yang memberi kesan kepada kita sama ada sedih,  gembira, risau, marah atau simpati. Adakala seharian kita tidak  tenteram, ada ketika di pagi hari gembira tetapi marah dikala petang.  ada ketikanya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada orang lain yang  mengalaminya disekeliling kita.
  pelbagai situasi boleh kita lihat,
  contoh:
  seorang  perempuan yang tidak menutup aurat, keluar berjalan-jalan di shopping  mall dengan penuh gah sekali. bangga dengan kecantikan dan pakaiannya.
  pelbagai pandangan orang-orang yang melihatnya
  insan 1 : cantiknya dia, rambut lurus, muka putih berseri badan macam model, untungnya jadi suami dia..
  insan  2 : dia ni tak faham-faham lagi ke wajib tutup aurat tu?tak malu dengan  Allah agaknya tak takut dengan ancaman neraka agaknya, dekat akhirat  nanti tahulah nasib dia!
  insan  3 : kesiannya dia, tak sedar membiarkan diri dia dijadikan bahan  tontonan umum, alangkah lebih baik jika auratnya itu tertutup rapi.
  insan 4 : dia yang tak tutup aurat, buat apa nak kisah?yang penting aku dah jaga aurat aku, kubur lain-lain.
  insan  5 : mungkin keadaan sekeliling dia yang membuatkan dia jadi begitu, aku  perlu tolong dia, moga dia boleh nampak keindahan menutup aurat dalam  Islam amin!
  Dari  analogi ini, kita boleh lihat manusia mempunyai pelbagai persepsi.  memang benar, kini kita boleh lihat di mana-mana ramai perempuan yang  bertudung tetapi kurangnya perempuan yang menutup aurat. itu adalah satu  realiti yang amat menyedihkan bagi umat Islam itu sendiri.  persepsi-persepsi sebegini datangnya dari insan-insan yang bergelar  manusia, tetapi kita boleh lihat, ada beberapa insan yang memberikan  persepsi yang berlainan. pandangan mereka menunjukkan peribadi mereka,  menunjukkan siapa diri mereka, membolehkan manusia itu bertukar menjadi  manusia yang luar biasa.
  kita  boleh lihat ada yang marah, tak ambil peduli, terpesona dan juga sedih  pabila melihat seorang wanita yang tidak menutup auratnya.
  tetapi..
  hakikatnya kita sama, kita adalah manusia mengapa boleh mempunyai pandangan yang berbeza-beza?
  kerana...
  HAMBA ALLAH
  bukan  semua manusia menganggap dirinya sebagai HAMBA ALLAH. Jika semua  manusia menganggap dirinya sebagai hamba Allah, pasti pandangan antara  kita adalah sama. pasti ada rasa mahu membantu dia untuk jadi seorang  muslimah yang sempurna, pasti ada rasa kasihan kerana dia tidak mampu  melindungi auratnya. 
  kita  sebagai hamba Allah, adakah kita akan marah dengan orang yang berbuat  dosa itu? adakah kita tidak akan kisah akan orang yang berbuat dosa itu?  adakah kita akan membiarkan dia dengan dosanya hingga ke hujung  nyawanya?
  'hate the sin, but not the sinner'
  semua  orang berbuat dosa, tetapi hanya segelintir yang bangun untuk mengajak  orang lain meninggalkan dosa. Atas sebab apa? Sebab semua orang kini  memikirkan dia mampu berdiri di atas kakinya sendiri tanpa perlu  bergantung harap atau mengambil berat akan orang lain. Orang-orang yang  tidak ambil peduli ini ada masalah dengan hatinya, jika dia merasa  kehambaan diri sebagai hamba Allah, pasti dia mahu menarik seberapa  ramai mungkin insan lain untuk bersamanya menuju syurga, dan  menyelamatkan seberapa ramai mungkin insan lain dari jalan yang  menjerumuskan diri mereka ke lembah neraka.
  Dapatkah kita lihat hasil kasih sayang yang lahir dari rasa kehambaan kerana Tuhan?
  Ia  akan mampu melahirkan satu gerakan yang maha hebat buat hambaNya untuk  terus-menerus memperbaiki diri dan menyeru orang lain ke jalan kebaikan.
  Seluruh kehidupan ini sebagai hamba Allah
  perkongsian  kali ini ana ingin mengajak sahabat sekalian untuk memikirkan betapa  pentingnya untuk merasakan kehidupan kita ini sebagai seorang hamba  Ilahi, dimana saja kita berada, dalam apa jua situasi yang kita hadapi,  kita perlu ingat 'title' kita sebagai seorang hamba Allah. 
  sebagai  seorang hambaNya, kita pasti akan sentiasa melakukan kebaikan, menyeru  manusia menjauhi kemungkaran yang merosakkan diri. Sebagai seorang  hambaNya, kita pasti merasa bahagia melakukan perintahNya tanpa  mempersoalkan segala hukum yang telah ditetapkanNya. Sebagai seorang  hamba Allah, kita pasti peduli dan tidak akan membiarkan insan lain  dalam belenggu dosa.
  kita  akan sentiasa mahu bersama-sama dengan orang-orang yang kita sayang  berjalan berpimpinan tangan ke syurgaNya, bukan berjalan seorang diri ke  sana.
  kita perlu muhasabah diri kita kembali.
  Di mana kedudukan kita tika ini,
  adakah sekadar sebagai seorang manusia yang sekadar hidup
  atau sebagai seorang hamba Allah yang hidup untuk kehidupan dunia dan akhirat.
  Sama-sama kita fikirkan dan renung-renungkan kembali.
  Adakah  selama ini kita hanya sekadar tahu marah pada insan-insan yang  melakukan dosa tanpa membimbing mereka ke jalan yang benar?
  Adakah  selama ini kita hanya membiarkan mereka diselaputi dosa tanpa ada usaha  menegur dan merapati mereka dengan rasa kasih dan sayang kerana Allah?
  Adakah selama ini kita hanya bersedih melihat mereka yang dibelenggu rantaian dosa tanpa ada tindakan untuk mencari kuncinya?
  atau...
  Adakah  kita ini seorang hamba Ilahi, yang sentiasa berusaha untuk memperbaiki  diri dan menyeru orang lain meneruskan perjalanan yang diredhai.
  Muhasabah  diri kita bersama, renung-renungkan kembali fikiran kita selama ini,  tingkah laku kita, percakapan kita serupa atau tidak sebagai seorang  hamba Ilahi, atau sekadar manusia biasa yang hidup di muka bumi.
  Ingatlah sahabat sekalian,
  kita boleh membenci dosa yang dia lakukan, tetapi bukan pendosa yang mencari sinar harapan untuk pulang kembali kepada Tuhan.
  'hate the sin, but not the sinner'
  guide the sinner to the right path
  that is the way of life as Allah servant
  insyaAllah
  amin~
 
 
No comments:
Post a Comment