kawan sejati?

kawan
disaat aku memerlukan kau..
kau sentiasa berada di sisi ku...
temani setiap tangisan, kesunyian dan kesedihan..
susah aku mahu mencari mu,
mungkin?
satu dunia ini,
hanya kau yang satu..
sanggup melayan kerenah ku...
walaupuan kadangkala, ia cuma mmbuang masa...

kawan
disaat aku melakukan kesalahan...
kau segera menasihatiku...
disaat aku berputus asa...
kau segera membangkitkan semangat ku..
disaat aku dalam kesusahan..
kau segera memberikan tanganmu...
disaat aku tiada teman.
kau sedia menemani ku...

kawan
walau suatu hari nanti kita akan bejauhan,
aku merelakannya...
demi melepaskan kau bahagia...
melangkah ke mahligai gading..
dan mencapai satu impian...
aku pasti akan merelakannya~

kawan
akan ku sambut tangan mu itu..
menggapai erti yang satu...
kerna kawan tak mengenal rupa..
kerna kawan tak kenal harta...
kerna kawan tak kenal darjat..
kerna kawan ku kenal erti.....
PERSAHABATAN...

kawan
tiap kali ku mengintai setiap pergerakkanmu, tingkahlakumu dan pergaulanmu...
kerna,
aku tidak mahu kau sakit,
kau sedih,
kau disakiti,
kau dimainkan....
oleh orang durjana di luar yang berbagai rupa dan perangai...

kawan
jika kau pergi dulu,
aku hanya mampu melihat..
tiada apa yang dapat menghalang ketentuaanNYA...
walaupun pertemuan kita hanya singkat di dunia...
tapi, aku akan sentiasa mengingatimu sepanjang masa...
doa dan bacaan yasin untukmu..
tak akan pernah lekang tiap hari ku...
moga...
ia kekal hingga ke akhir hayat...

TERIMA KASIH YA TUHAN...


No comments: